---------------------------------------------------------------------------------------
INFAK DARI ANDA BUAT
SAUDARA SABAH
----------------------------------------------------------------------------------------
Sejauh mana anda mengetahui akan kesusahan saudara kita di Sabah dalam kesusahan? dan adakah anda rasa, kesusahan mereka ini adalah kesusahan yang disengajakan dan dibuat- buat?
Hakikat yang perlu kita cakna, mereka adalah golongan asnaf yang diluar bandar yang meletakkan mereka lebih susah daripada miskin tegar sedia ada. Kemiskinan yang diwarisi mereka ini adalah bukan kerana kemalasan, namun yang dihadapi oleh mereka adalah status kewarganegaraan yang tidak pernah diambil peduli dan tidak melayakkan mereka untuk mendapat sebarang manfaat seperti warganegara.
Mereka dinafikan dalam banyak perkara akibat ketiadaan dokumen pengenalan diri dan kewarganegaraan. Ketiadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat berkerja dengan gaji yang setimpal malahan selalu di permainkan. Selain itu juga, pendidikan bagi anak- anak mereka tidak dapat dilunaskan kerana permasalah pewarisan ketiadaan dokumentasi ini dan mereka terpaksa mendapatkan pendidikan alternatif bagi mendapatkan sebuah ilmu.
Bukan mereka tidak berusaha, namun keadaan mengasak mereka untuk kekal begini dan terus dihimpit kesusahan.
------------------------------------------------------------------------------------
BERSAMA DENGAN KAMI MEMBANTU MEREKA!
Pertubuhan Kebajikan Sedulur amat komited dalam membantu saudara asnaf di Sabah. Sepanjang perlibatan kami di Sabah, 2 buah sekolah telah didirikan bagi membantu terus anak- anak yang memerlukan pendidikan di sana. Pertubuhan Kebajikan Sedulur juga kerap menghantar bantuan makanan (bulanan) bagi memastikan keluarga mereka terjaga dan dapat terus sihat untuk bekerja, serta sedikit sebayak dapat meringan bebanan mereka. Sedulur turut membantu dalam menyediakan susu bayi bagi tujuan imunisasi dan lampin pakai buang. Malah turut membantu dari permasalah kebersihan seperti masalah ketiadaan pad akibat tidak mampu untuk membeli tuala wanita ini akibat kekurangan pendapatan.


BANTU KAMI DALAM MEMBANTU
MEREKA YANG MEMERLUKAN!!!
INFAKKAN BUAT MEREKA :
| INFAK MAKANAN | RM 100.00/KELUARGA |
| INFAK PENDIDIKAN | RM 50.00/MURID |
| INFAK KEBERSIHAN | RM 50.00/KELUARGA |
| INFAK BAYI | RM 50.00/BAYI |

Jika bukan dari kalangan kita yang membantu, jadi siapa lagi! Jika bukan dari kalangan kita yang sedar dan cakna akan permasalahan yang dihadapi oleh mereka, maka siapa lagi yang akan memberikan ihsan dan kasihan kepada saudara kita yang memerlukan!
Sumbangan boleh di salurkan ke:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEDULURTEAM
8603 0778 10 | CIMB SEDULUR RESOURCES
rujukan: infaksabah
---------------------------------------------------------------
Keperihatinan dari anda ini adalah amat bermakna buat mereka. Pasti mereka akan tersenyum menyambut baik akan kebaikan dari hati anda kepada mereka! Semoga kita menjadi manusia yang bermanfaat buat saudara kita yang lain!
Jazakumullahu khairal jaza’.