---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berkejar- kejar dan bersegeralah dalam
melaksanakan kebaikan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُوْلُ أَحَدُهُمَا
اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا. وَيَقُوْلُ اْلآخَرُ: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Artinya: "Setiap awal pagi saat matahari terbit, Allah menurunkan
dua malaikat ke bumi. Lalu salah satu berkata: 'Ya Allah, berilah
karunia orang yang menginfakkan hartanya. Ganti kepada orang
yang membelanjakan hartanya karena Allah. Malaikat yang
satu berkata: 'Ya Allah, binasakanlah orang-orang yang bakhil."
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
INFAK SUBUH BAGI YANG MEMERLUKAN
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menjadi muslim yang meringankan dan memudahkan urusan Muslim yang lain
adalah wajib dan merupakan antara sunnah utama yang disarankan oleh
baginda Rasulullah saw. Baginda bersabda dalam mafhum hadithnya:
'Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mencintai,
mengasihi, dan menyayangi di antara mereka adalah ibarat satu tubuh.
Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya
akanikut terjaga (tidak bisa tidur) dan panas
(turut merasakan sakitnya)."
(HR Muslim No 4685)
Rasulullah menganjurkan kita sebagai Muslim adalah untuk sentiasa memperlihatkan
akhlak yang baik dalam menjaga sesama muslim bagi semua perkara dan juga
menitik beratkan dalam mengambil berat dan cakna akan permasalahan yang
wujud bagi saudara kita di luar sana yang sangat- sangat memerlukan.
Percaya atau tidak, hakikatnya masih ramai lagi saudara kita yang memerlukan
dalam apa jua bentuk dan keadaan. Mereka kurang bernasib baik seperti kita.
Mereka dalam keadaan lapar di setiap waktu dan saat, ada dalam kalangan
mereka tidak mendapat pendidikan yang selayaknya pada umur mereka. Ada juga
dalam anak- anak mereka yang tiada susu untuk diminum dan tidur dalam
keadaan lapar. Ada mereka yang telah Islam, namun kebajikan pembelajaran
agama dan kebajikan kehidupan seharian mereka tidak diendahkan. Pelbagai lagi
masalah yang wujud diluar sana, dan wajib kita sesama Muslim untuk
mengambil tahu akan hal ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUMBANGAN INI BUAT MEREKA
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pertubuhan kebajikan Sedulur amat komited dan istiqomah dalam menjaga
kebajikan bagi saudara yang memerlukan. Bantuan yang diberikan oleh Pertubuhan
Kebajikan Sedulur adalah berbetuk kelangsungan (berpanjangan). Antara bantuan yang
dijalankan adalah Sekolah bagi asnaf (Stateless dan Undocumented) luar bandar
di Sabah, Kelas pemantapan Tauhid dan kebajikan bagi Saudara Baru (muallaf)
orang asli, Kelas percuma bagi anak- anak asnaf B40 Bandar dan banyak lagi. Enam
tahun penubuhan Pertubuhan Kebajikan Sedulur sudah berhasil dalam menubuhkan
dua buah Sekolah yang khusus dibina bagi membantu adik- adik asnaf dalam
kalangan stateless dan undocumented di Sabah dalam
mendapatkan pendidikan.



diriwayatkan Imam Abu Dawud:
"Sayangilah penduduk bumi, niscaya engkau akan
disayangi oleh penghuni langit (para Malaikat)."
Pertubuhan kebajikan sedulur mengajak anda untuk turut bersama- sama
mengasihi dan menyayangi sesama hamba dan ciptaan. Menderma dan menyumbang
buat saudara kita yang memerlukan. Semoga sedikit daripada kita ini dapat meringankan
bebanan yang ditanggung oleh saudara kita yang lain. Dan berkat dari pemberian ini,
semoga segala urusan kita juga dilapangkan oleh Allah swt hendakNya.
Jazakallhu khairan jazak