- MENGENAI KAMI -

Pertubuhan Kebajikan Sedulur amat komited dalam membantu dan mengusahakan kebajikan bagi kumpulan sasar buat asnaf yang memerlukan. Gerakan dimulakan pada tahun 2015 dan sehingga kini masih aktif dalam membantau mereka yang memerlukan. Antara kumpulan sasar yang dibantu adalah, saudara asnaf Stateless dan Undocumented Sabah, saudara Asnaf dalam kalangan orang Asli dan juga saudara asnaf Miskin Bandar (B40 Bandar)  dan Miskin Luar Bandar (B40 Luar Bandar). 


- SIAPA YANG ANDA BANTU ? -

Mereka ini saudara kita, dan saudaralah yang membantu saudara kembali.

Pelbagai bentuk bantuan yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Kebajikan Sedulur dalam mengusahakan kebajikan saudara asnaf. Antara bantuan yang dijalankan adalah Pendidikan bagi anak- anak asnaf bandar dan luar bandar, pendidikan bagi saudara baru (muallaf), bantuan pembangunan infrastuktur, bantuan penaiktaran sosial ekonomi dan pelbagai lagi. Hampir enam (6) tahun penglibatan dalam dunia NGO ini, dua buah sekolah telah ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kebajikan Sedulur iaitu Sekolah Saudara Borneo, Lahad Datu dan Sekolah Saudara Borneo, Pulau Mabul, Semporna, Sabah yang khususkan bagi bantuan pendidikan untuk anak- anak Stateless dan Undocumented Sabah.

__________________________________________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________________________________________


BANTU BERSAMA!